Page 6 - Penyata-Kewangan-2018-AGM 37-kuputra
P. 6

- 3 -

                LAPORAN JURUAUDIT
                BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017 (SAMBUNGAN)

                Kami percaya bahawa pengauditan yang kami laksanakan menyediakan asas yang munasabah di
                dalam memberikan pandangan kami.

                Pendapat
                Pada pendapat kami penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut piawaian-
                piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia dan Akta Koperasi 1993 bagi memberikan
                gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan koperasi pada 31 Disember
                2018 dan prestasi kewangannya serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

                Laporan Ke Atas Lain-Lain Keperluan Perundangan dan Peraturan
                Mengikut keperluan Akta Koperasi 1993 di Malaysia, kami juga melaporkan bahawa pada
                pendapat kami:
                    a)     Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain telah disimpan dengan sempurna
                           mengikut kehendak Seksyen 58 Akta Koperasi 1993.
                    b)     Penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset-
                           aset oleh koperasi dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 adalah
                           mengikut kehendak Akta, Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Kecil
                           Koperasi.
                    c)     Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti termasuk hutang-hutang belum jelas
                           koperasi adalah munasabah.

                Perkara-Perkara Lain
                Laporan ini disediakan hanya untuk Suruhanjaya, anggota-anggota koperasi, sebagai sebuah
                badan, mengikut kehendak Seksyen 63 Akta Koperasi 1993 di Malaysia dan bukan untuk tujuan
                lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain keatas kandungan laporan ini.








                ……………………………                           ……………………………..
                SAHIR & CO.                           ZALINA BINTI MUHAMAD SAHIR
                AF 0424                               NO. SKM (B) 0299
                AKAUNTAN BERTAULIAH

                KUALA LUMPUR
                Bertarikh : 31 Mei 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11