Page 5 - Penyata-Kewangan-2018-AGM 37-kuputra
P. 5

- 2 -

                Kepada :-
                Suruhanjaya Koperasi Malaysia
                Anggota-Anggota Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad

                LAPORAN JURUAUDIT
                BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

                Tetuan,
                Mengikut Seksyen 63 (2), (3) dan (5) Akta Koperasi, 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 2010
                dan Undang-undang Kecil Koperasi, kami melaporkan bahawa kami telah mengaudit penyata
                kewangan Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember, 2018.

                Tanggungjawab anggota Lembaga Koperasi Ke Atas Penyata Kewangan
                Anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab dalam penyediaan dan pembentangan
                penyata kewangan yang saksama mengikut piawaian-piawaian perakaunan yang diluluskan di
                Malaysia dan Akta Koperasi 1993. Tanggungjawab ini termasuk merangka, melaksanakan dan
                mengekalkan kawalan dalaman yang relevan dengan penyediaan dan pembentangan penyata
                kewangan yang bebas daripada salah nyata yang material sama ada disebabkan oleh penipuan
                atau kesilapan, pemilihan dan penggunaan dasar-dasar perakaunan yang bersesuaian dan
                membuat anggaran-anggaran perakaunan yang munasabah mengikut keadaan.

                Tanggungjawab Juruaudit
                Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat ke atas penyata kewangan ini
                berdasarkan kepada pengauditan yang dijalankan. Kami melaksanakan pengauditan menurut
                piawaian-piawaian audit yang diluluskan di Malaysia. Piawaian-piawaian tersebut menghendaki
                kami mematuhi etika dan merancang serta menjalankan kerja-kerja audit untuk memperoleh
                keyakinan yang munasabah mengenai sama ada penyata kewangan ini bebas daripada salah nyata
                yang material.
                Sesuatu audit merangkumi pelakasanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang
                menyokong jumlah-jumlah dan pendedahan dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang
                dipilih bergantung kepada pertimbangan kami termasuk penilaian risiko salah nyata yang
                material ke atas penyata kewangan sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam
                membuat penilaian risiko, kami mempertimbangkan kawalan dalaman koperasi yang berkaitan
                dengan penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan bagi merangka prosedur-
                prosedur pengauditan yang bersesuaian tetapi bukan bertujuan untuk memberikan pendapat
                tentang keberkesanan kawalan dalaman koperasi. Sesuatu audit juga termasuk menilai kesesuaian
                dasar-dasar perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran-anggaran perakaunan
                yang dibuat oleh anggota koperasi dan juga pernilaian ke atas pembentangan penyata kewangan
                secara keseluruhannya.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10