Page 4 - Penyata-Kewangan-2018-AGM 37-kuputra
P. 4

- 1 -

                 LAPORAN BERKANUN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
                 Bagi Tahun Berakhir 31 Disember, 2018

                 Kami bagi pihak Lembaga Koperasi dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan
                 dan Penyata  Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember, 2018. Sesuai dengan Kehendak-
                 kehendak Akta  Koperasi, 1993, pihak Lembaga Koperasi melaporkan bahawa :-
                 (a)   Perjalanan Koperasi tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara yang luarbiasa .
                 (b)   Pihak Lembaga mengesyorkan pembahagian berikut daripada keuntungan tahun semasa
                       tertakluk kepada kelulusan anggota-anggota Koperasi di Mesyuarat Agung Tahunan yang
                       akan datang serta kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM): -
                       (i)  Pembayaran dividen sebanyak 7% atas baki modal syer anggota pada 30hb Jun
                            2018 dan masih menjadi anggota pada akhir tahun berjumlah RM 258,262.
                 (c)   Tiada hal-hal berbangkit yang menjadikan cara menilai harta dan tanggungan Koperasi
                       yang digunakan sekarang, mengelirukan  atau tidak sesuai.
                 (d)   Dalam jangkamasa yang diliputi oleh penyata pendapatan, tiada tanggungan luarjangka
                       yang disanggupi  oleh Koperasi yang belum diselesaikan.
                 (e)   Lembaga Koperasi juga berpendapat bahawa jumlah harta semasa yang ditunjukkan di
                       Kunci Kira-Kira adalah munasabah.

                 Kami bagi pihak Lembaga Koperasi mengaku bahawa selain daripada perkara-perkara tersebut
                 di atas, tiada perkara-perkara lain dalam pengetahuan kami yang tidak dinyatakan seperti yang
                 dikehendaki oleh Akta Koperasi, 1993, Seksyen 59 (1) (c).







                  ………………………………….                                 ………………………………
                     DR. HJ. DASRILSYAH                                HJ. SUHAIFI
                       BIN SYAHRIAL                                   BIN SULAIMAN
                         (Pengerusi)                                   (Setiausaha)





                                    ………………………………….
                                      PROF. DR. HJ. MANSOR
                                       BIN AHMAD @ AYOB
                                           (Bendahari)
                 UPM, SERDANG.
                 Tarikh: 31 MEI 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9