Page 28 - Penyata-Kewangan-2018-AGM 37-kuputra
P. 28
- 25 -
KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER, 2018
1. DASAR-DASAR PERAKAUNAN
(a) Asas-Asas Penyediaan
(i) Penyata kewangan disediakan menurut kelaziman kos asal dan mematuhi piawaian
perakaunan yang diluluskan di Malaysia.
(ii) Penyata kewangan Koperasi yang disediakan adalah untuk mematuhi Akta Koperasi, 1993
dan peraturan-peraturan dibawahnya.
(b) Yuran Masuk
Yuran masuk yang diterima dikreditkan ke penyata pendapatan mengikut Undang-Undang Kecil
10(3).
(c) Aset Tetap
(i) Susutnilai aset tetap dibuat menurut kaedah garis lurus.
(ii) Kadar tahunan susutnilai yang digunakan adalah seperti berikut: -
Kenderaan (Van) 20%
Perabut dan Kelengkapan Pejabat/Kedai 20%
Komputer 20%
Alat Pejabat 20%
Ubahsuai 20%
Rumah Kedai 2%
Aset tetap yang diperolehi dalam tahun disusutnilai sepenuh tahun.
(iii) Susutnilai tidak lagi dikenakan ke atas aset tetap yang tinggal nilai nominal tapi masih lagi
digunakan.
(d) Stok Perniagaan
Stok perniagaan adalah dinilai pada kos belian atau anggaran realisasi mana-mana terendah.
(e) Pembiayaan Rumah Kedai
Jumlah yang diambil sebagai aset dibawah skim Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah keseluruhan
jumlah pinjaman tersebut. Caj pembiayaan tertangguh akan diambil kira beransur-ansur sebagai
tambahan aset mengikut jangkamasa pembiayaan bagi melibatkan hartanah. Ini bermakna caj
tersebut dipermodalkan dan tidak dicajkan kepada penyata pendapatan, berlainan dengan
pembiayaan secara konvensional.
(f) Francais
Koperasi telah menandatangani perjanjian francais dengan Petronas Dagangan Bhd. untuk
menggunakan nama “Mesra” pada kedai di stesyen minyak Koperasi. Kos yang ditanggung oleh
pihak koperasi adalah yuran francais yang di bayar sekali sahaja, yuran peralatan sebanyak 1%
sebulan atas nilai peralatan yang dibekalkan dan yuran royalti sebanyak 5.5% sebulan atas jualan
bersih.

